Suami mahu terjun bangunan gara-gara isteri 'shopping' sakan 11.11

Si suami berjaya diselamatkan oleh polis gara-gara tertekan isteri boros sempena 'sale 11.11'. - Foto China Press
Si suami berjaya diselamatkan oleh polis gara-gara tertekan isteri boros sempena 'sale 11.11'. - Foto China Press
A
A
A

LUZHOU - Gara-gara penangan 'jualan harga runtuh' pada 11.11 kelmarin, seorang suami mahu membunuh diri kerana isteri membelanjakan lebih dari 300,000 yuan (RM177,559) membeli-belah beg tangan berjenama, minyak wangi mahal, pakaian dan banyak lagi secara dalam talian.

Wang, 29 dari Luzhou, Sichuan begitu tertekan kerana isterinya, Zhan, 29, terlalu boros.

Menurut China Press, polis menerima satu laporan mengenai seorang lelaki mahu terjun dari tingkat 33 bangunan jam 10 malam.

Pasukan penyelamat cuba memujuk lelaki itu kerana dia terlalu beremosi sebelum menyelamatkannya dari terus terjun bangunan.

Hasil siasatan mendapat, lelaki terlalu tertekan dan emosi kerana tidak mampu bayar hutang selepas isterinya baru sahaja menambah jumlah hutang semasa promosi 'sale 11.11'.

Dia berkata, perkara itu bukan kali pertama kerana tahun lalu isterinya juga pernah berbuat sedemikian.

Si isteri telah membelanjakan lebih daripada 200,000 yuan (RM118,374) dan si suami telah membayar segala kos perbelanjaan itu.

Malah si isteri telah berjanji untuk mengawal perbelanjaan namun ia hanya tinggal janji.

Artikel Berkaitan:

Kata Wang, dia sendirian mencari nafkah selepas isterinya berhenti bekerja kerana perlu menjaga anak mereka.