Pekebun maut dipanah petir

Polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Hulu, di sini bagi tindakan selanjutnya. FOTO: Ihsan IPD Hulu Terengganu
Polis mengangkat mayat mangsa untuk dibawa ke Hospital Hulu, di sini bagi tindakan selanjutnya. FOTO: Ihsan IPD Hulu Terengganu
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang pekebun meninggal dunia akibat dipanah petir di kebunnya di tali air Kampung Matang, Kuala Berang, di sini, semalam.

Mangsa, Mamat Junus, 61, dijumpai tidak sedarkan diri oleh isterinya di kawasan kebun berkenaan kira-kira jam 5 petang.

Ketua Polis Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan mayat mangsa selepas menerima panggilan awam jam 5.25 petang.

Deputi Superintendan Mohd Adli
Deputi Superintendan Mohd Adli

"Sepasukan anggota dan pegawai kemudian segera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

"Siasatan awal isteri mangsa memaklumkan yang suaminya keluar ke kebun berhampiran rumah mereka kira-kira jam 7 pagi, namun tidak pulang sehingga petang.

"Disebabkan terlalu bimbang, wanita itu kemudian pergi ke kebun untuk mencari mangsa selepas solat Asar sebelum terkejut menemui suaminya terbaring tidak sedarkan diri lalu memaklumkan kepada polis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Adli berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan mangsa disahkan meninggal dunia akibat dipanah petir.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mohd Adli turut menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan keadaan cuaca sekarang dan elakkan berada di kawasan terbuka seperti padang apabila berlaku petir bagi mengelak kejadian tidak diingini.