Protes ganas ragut tujuh nyawa di Bolivia

Perusuh dan polis anti rusuhan bertempur semasa tunjuk perasaan di La Paz.
Perusuh dan polis anti rusuhan bertempur semasa tunjuk perasaan di La Paz.
A
A
A

SUCRE - Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 12 lagi cedera semasa protes ganas di Bolivia.

Laporan El Deber yang memetik kenyataan pejabat pendakwa raya menyebut, dua terbunuh di La Paz dan Santa Cruz, manakala tiga kematian dicatat di Cochabamba.

Sementara itu, polis mengesahkan seramai 169 penunjuk perasaan telah ditahan kerana menyertai perhimpunan haram tersebut.

Bantahan besar-besaran di Bolivia tercetus susulan dakwaan penipuan Evo Morales semasa Pilihan Raya Presiden bulan lalu.

Morales yang mengumumkan peletakan jawatannya kelmarin melarikan diri ke Mexico selepas pasukan polis dan tentera menarik balik sokongan. - Agensi

Artikel Berkaitan: