Dua kedai di Segamat musnah dalam kebakaran

Anggota bomba memadam kebakaran dua buah kedai di Jalan Abdullah, Segamat malam tadi. Foto: JBPM
Anggota bomba memadam kebakaran dua buah kedai di Jalan Abdullah, Segamat malam tadi. Foto: JBPM
A
A
A

SEGAMAT - Dua buah kedai yang menjual barangan mesin membuat kuih, botol plastik dan barangan keluli di Jalan Pee Kang Hai, Kampung Abdullah musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Riman Jusoh berkata, dalam kejadian jam 11.19 malam itu, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Segamat Baruke ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, operasi itu turut dibantu 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Segamat dan Balai Bomba dan Penyelamat Labis.

"Kedai tersebut tidak mempunyai dinding pemisah sekaligus menyebabkan api cepat merebak.

"Anggota bomba menggunakan tiga aliran hos dari bekalan pili bomba berdekatan dan dua salur bantu mula," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sehingga pagi ini operasi masih dijalankan dengan kerja-kerja overhoul.

Artikel Berkaitan: