Titah sultan perlu diberikan perhatian khusus

Isham Sharudin
Isham Sharudin
A
A
A

KOTA BHARU - Pertubuhan Suara Anak Kelantan Darul Naim menjunjung kasih titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mahu pelan pembangunan Kelantan dilaksanakan sebaik mungkin.

Presidennya, Isham Sharudin berkata, titah ucapan baginda kelmarin seharusnya diberi perhatian sebaik mungkin oleh pihak yang berkaitan.

"Berhubung harapan baginda terhadap pelan pembangunan kerajaan negeri, kita sebagai rakyat amat berharap agar segalanya dapat dilaksanakan sebaik mungkin demi kebaikan rakyat negeri ini.

"Ia amat penting supaya segala yang telah dipersembah maklumkan kepada Sultan tidak sekadar hanya coretan di atas kertas sahaja," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, pembangunan berterusan di negeri ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan Kelantan tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

Beliau berkata, ia juga salah satu langkah untuk membawa rakyat negeri ini keluar daripada kekangan kemiskinan.

"Apabila sesebuah negeri itu melangkah lebih maju, maka ekonomi rakyat juga akan berkembang dengan baik.

"Tambahan pula, kita mempunyai ramai usahawan terkemuka dan dapat meluaskan lagi perniagaan masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Kelantan titah segerakan lima projek