Keyakinan masyarakat terhadap polis semakin meningkat

Shahul Hamid
Shahul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - Pendedahan jumlah pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenakan tindakan kerana positif dadah mampu menambah keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti pasukan terbabit.

Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, ia membuktikan ketegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang perlu dicontohi badan penguat kuasa lain di negara ini.

Menurutnya, beliau yakin tindakan berterusan seumpama itu tidak akan menjejaskan imej pihak berkuasa kerana masyarakat memahami konteks 'pembersihan' yang dijalankan.

"Masyarakat rasa lebih selamat kerana selepas ini tindakan yang diambil maknanya anggota polis bersih.

"Keyakinan orang ramai terhadap polis akan bertambah. Pendedahan tidak menjejaskan imej tetapi beri kekuatan lagi kepada polis," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Shahul Hamid berkata, tindakan tersebut juga menunjukkan kerajaan tidak hanya tertumpu kepada isu rasuah dalam

"Bukan hanya polis, mungkin tentera dan jabatan kerajaan lain juga ada ramai terlibat dalam dadah. Jadi polis dah ambil tindakan dahulu dan perlu diikuti oleh badan-badan kerajaan yang lain seperti kastam, imigresen, bomba dan semua badan beruniform," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 252 pegawai, anggota polis ditahan positif dadah

Artikel Berkaitan: