Anjing dicat warna hijau

Gambar anjing berwarna hijau tular di laman sosial.
Gambar anjing berwarna hijau tular di laman sosial.
A
A
A

SUBANG - Seekor anjing memiliki bulu berwarna hijau dipercayai dicat oleh individu tidak berperikemanusiaan menggemparkan penduduk di sekitar Subang Bestari.

Gambar dimuat naik di Facebook Shazreen Othuman tular di laman sosial sehingga mendapat kritikan daripada netizen.

"Saya tidak fikir anjing ini ada tuannya. Siapa pun melakukan perbuatan ini mesti memiliki masalah mental," tulisnya.

Anjing itu dilihat sedang mencari makanan di dalam bungkusan plastik dan dipercayai tidak bertuan.

Netizen yang melihat posting itu berang dan mengutuk individu yang bertindak kejam mengecat bulu anjing tersebut.

Kata Siti Noor Hidayah, "Dah banyak kali jumpa, itu fikir juga siapa yang buat, badan gemuk terbaru warna hijau, ada masanya biru, oren pun ada, merah pun. Tukar-tukar warna, saya takut nak berhenti, takut anjing," tulisnya.

"Kesiannya! Siapa laa yang sanggup buat macam itu... sangat kejam!," kata Sarimah.

Intan Nubailah pula berharap ada pihak sudi membantu anjing itu dan membersihkan kotoran yang melekat pada bulunya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Kilayong, "Cat dan pewarna sangat berbahaya untuk haiwan dan mungkin menyebabkan rasa tidak selesa. Ia boleh mengganggu sistem pernafasan, boleh berasa mual, pening dan alergi pada kulit."

Sementara itu, menerusi Facebook Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu mengecat seluruh tubuh anjing mengundang kemudaratan dan keracunan toksik terhadap anjing.

Perbuatan itu bukan satu gurauan sebaliknya ia perbuatan zalim dan pengianiayaan terhadap anjing tidak bersalah.

Si pelaku boleh disabitkan kesalahan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 - iaitu khianat terhadap haiwan.

Saksi kejadian berhampiran lokasi Subang Bistari diminta tampil menghulurkan maklumat pelaku ke +6011-20901097.