Stres punca mudah dapat penyakit

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Stres menjadi punca berlakunya pelbagai komplikasi yang boleh menyebabkan individu yang berusia mudah diserang penyakit.

Perunding kecergasan dan kesihatan, Kevin Zahri menyifatkan tekanan kerja yang dihadapi menyebabkan seseorang itu diserang sesak nafas.

"Skop kerja yang memerlukan seseorang berfikir di tahap maksimum menyebabkan mereka mudah mengalami stres dan sesak nafas," katanya kepada Sinar Harian.

Kevin Zahri
Kevin Zahri

Kelmarin sidang Dewan Rakyat dihentikan selama hampir 10 minit apabila Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith mengalami sesak nafas ketika sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan kira-kira jam 10.30 pagi.

Eddin syazlee yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia rebah ketika Timbalan Menteri Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin menjawab soalan bagi pihak kementeriannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan menteri rebah dalam Dewan Rakyat

Kevin berkata, bekerja dalam keadaan tekanan memerlukan persediaan yang secukupnya dari segi kualiti rehat dan pemakanan.

Artikel Berkaitan:

"Waktu tidur hendaklah mencukupi supaya ketahanan badan kita mampu bekerja dalam jangka masa yang lama.

"Makan dan minum hendaklah dijaga dengan sebaiknya agar badan kita dapat hidrasi yang mencukupi," katanya.

Tambahnya, tuntutan kerja yang memerlukan seseorang menghadiri mesyuarat dalam jangka masa yang panjang perlulah menitikberatkan tahap kesihatan dengan sewajarnya.

"Keluarlah dari dewan mesyuarat cari tempat berangin agar fizikal dan mental kita dapat rehat seketika untuk tingkatkan tahap kebolehupayaan badan," ujarnya.

Justeru, beliau menasihati masyarakat supaya bijak mengawal stres untuk mengelakkan daripada mengalami masalah kesihatan yang lebih serius.