Rumah kedai hampir musnah

Anggota bomba dan penyelamat sedang memadam kebakaran yang berlaku di rumah kedai tersebut.
Anggota bomba dan penyelamat sedang memadam kebakaran yang berlaku di rumah kedai tersebut.
A
A
A

IPOH - Sebuah rumah kedai satu tingkat di Jalan Mustafa Al Bakri, di sini, hampir musnah dalam kebakaran, hari ini.

Kebakaran itu membuatkan orang ramai gempar seketika hingga berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Menurut Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Ipoh PBK II Abdul Rahman Abdullah, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berkenaan pada jam 1.24 petang.

Katanya, tiga jentera kemudiannya dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.

"Setibanya di lokasi kejadian, api marak membakar rumah kedai satu tingkat itu.

"Hampir 45 peratus daripada premis berkenaan hangus," katanya.

Artikel Berkaitan: