Harap ada keajaiban dari Allah yang Maha Esa: Ali Puteh

Ali bersama isteri dan anak-anak.
Ali bersama isteri dan anak-anak.
A
A
A

PELAWAK Ali Puteh memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya cahaya matanya, Sharifah Ainul Mardhiah yang kini hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan selepas selesai menjalani pembedahan selama 12 jam berkaitan masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang pada Isnin.

“Salam semua. Ini gambar pagi tadi sebelum adik Ainul operation. Kali pertama kami dapat bergambar satu famili.

“Kepada yang bertanyakan anak saya Ainul Mardhiah, jam 8 pagi masuk operation dan selesai jam 8 malam tadi. 12 jam menunggu dengan rasa berat hati.

“Anak saya mengalami komplikasi pada paru-paru dia dan sekarang hanya bergantung pada bantuan pernafasan,” kongsinya di laman Instagram hari ini.

Menurut Ali atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dia kini hanya berserah dan mengharapkan agar ada keajaiban yang berlaku kepada Ainul yang kini berusia tiga bulan.

“Doktor dah cuba sedaya upaya. Semuanya bergantung pada bantuan pernafasan. Harap ada sinar buat anak walid dan ibu.

“Harap ada keajaiban dari Allah yang Maha Esa. Doakan adik ainul kuat,” katanya yang kini yang kini turut sibuk dalam persaingan program Maharaja Lawak Mega 2019.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada para peminat dan pengikut Ali di Instagram. Rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat Ali dan isteri, selain mengirimkan doa buat Ainul.

Artikel Berkaitan:

Ainul yang merupakan cahaya mata kedua Ali dan isteri, Melati Puteri Abdullah dilahirkan pada 6 Ogos lalu disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang selepas lima hari dilahirkan.

Selain Ainul, Ali turut mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.