Kembar kemalangan, adik maut

No Image Caption
A
A
A

SIBU - Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu abang kembarnya terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Paradom, dekat sini petang tadi.

Pemangku Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Kevin Wong Chung Xiang, 20, manakala abang kembarnya, Kenny Wong Chung Kai yang memandu van tersebut telah dibawa ke hospital untuk rawatan.

Menurutnya, pihaknya telah menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 2.38 petang.

“Apabila tiba di lokasi, kami mendapati kemalangan itu hanya melibatkan van yang dipandu lelaki tersebut dan tidak melibatkan kenderaan lain,” katanya.

Katanya, bahagian hadapan van tersebut mengalami kerosakan teruk akibat terlanggar pokok di tepi jalan. - Bernama

Artikel Berkaitan: