PDRM komited banteras sindiket dokumen palsu

HUZIR
HUZIR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) serius dalam membanteras sindiket penipuan dan pemilikan dokumen pengenalan diri palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya akan menahan mereka yang terbabit menggunakan dokumen pengenalan palsu atau kad pengenalan milik orang lain.

"Kita akan tangkap mereka yang terlibat ini termasuk warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu atau milik orang lain bagi mengelak ditahan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Huzir selain itu berkata, warga tempatan yang dikesan cuba memalsukan dokumen atau menggunakan kad pengenalan milik orang lain juga berdepan tindakan tegas.

Tindakan diambil di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Artikel Berkaitan: