Hong Kong makin tegang

Mangsa mengalami kesan melecur tahap dua pada lengan dan dadanya akibat dibakar hidup-hidup kelmarin.
Mangsa mengalami kesan melecur tahap dua pada lengan dan dadanya akibat dibakar hidup-hidup kelmarin.
A
A
A

HONG KONG - Siri protes ganas yang melanda Hong Kong sejak pertengahan tahun lalu semakin tidak terkawal.

Insiden keganasan terbaharu yang menggemparkan hab kewangan Asia itu telah menyebabkan seorang penunjuk perasaan kehilangan sebelah buah pinggang dan sebahagian hatinya manakala seorang lagi lelaki mengalami kesan melecur tahap dua akibat dibakar hidup-hidup dalam kejadian semalam.

Pelajar hanya dikenali sebagai Chow, 21, terpaksa menjalani pembedahan membuang sebelah buah pinggang dan sebahagian hatinya untuk mengeluarkan peluru yang ditembak pihak berkuasa malah mangsa dilaporkan masih berada dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, nasib malang menimpa pekerja binaan, Leung Chi-Cheung, 57, yang bergelut untuk terus hidup berikutan bahagian lengan dan dadanya terbakar teruk.

Tiga rakaman video yang turut menjadi tular di media sosial menunjukkan mangsa memakai kemeja T berwarna hijau terlibat konfrontasi dengan beberapa peserta protes sebelum seorang individu bertopeng menuang cecair ke atasnya dan membakar mangsa secara tiba-tiba di daerah Ma On Shan.

Pihak berkuasa bertindak melancarkan siasatan ke atas kejadian itu yang mana mangsa dipercayai turut dipukul.

Susulan ketegangan yang semakin meningkat, Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam menegaskan kumpulan protes kini menjadi 'musuh' penduduk di bandar raya terbabit.

Situasi tidak terkawal yang mencetuskan krisis politik terburuk dalam tempoh beberapa dekad itu turut menyebabkan perkhidmatan pengangkutan awam, sekolah, universiti dan jalan utama terus ditutup.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini, lebih 260 telah diberkas dan menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan kini mencecah lebih 3,000 orang. - Agensi