Indonesia berjaga-jaga kemungkinan tsunami

Gunung berapi Anak Krakatau
Gunung berapi Anak Krakatau
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Pihak berkuasa Indonesia meminta penduduk yang berada di sekitar kawasan gunung berapi Anak Krakatau supaya mengambil langkah berjaga susulan terdapat keretakan baharu pada gunung tersebut.

Ketua Agensi Meteorologi Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Dr Dwikorita Karnawati berkata, dua keretakan itu muncul selepas ketinggian gunung berapi itu berkurangan daripada 338 meter kepada 10 meter selepas letusannya.

Satu bahagian cerun Anak Krakatau runtuh selepas gunung itu meletus pada 22 Disember, meluncur ke laut dan membuat air membuak keluar hingga menyebabkan gelombang setinggi lima meter menghempas kawasan padat penduduk di pulau Sumatera dan Jawa.

"Yang kami bimbangkan ialah jika berlaku lagi letusan, keretakan itu mungkin bercantum dan melemahkan cerun, menyebabkan sebahagian gunung itu runtuh lagi," katanya.

Katanya lagi, walaupun keretakan baharu telah dikesan, aktiviti gunung berapi Anak Krakatau telah berkurangan.

Kawasan di sekitar gunung berapi itu masih dipantau rapi oleh pihak berkuasa. - Agensi

Artikel Berkaitan: