Tadika diserang, 51 kanak-kanak cedera

Gambar hiasan - Foto internet
Gambar hiasan - Foto internet
A
A
A

KUNMING - Seramai 51 kanak-kanak dan tiga guru cedera selepas seorang lelaki menyimbah sejenis bahan kimia yang boleh menghakis dalam satu kejadian di sebuah tadika di barat daya wilayah Yunnan, China, lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.

Kejadian pada Isnin petang itu berlaku di bandar Kaiyuan, apabila suspek menceroboh ke dalam bangunan tadika dan menyimbah soda kaustik, menurut kerajaan Kaiyuan.

Dua mangsa dilaporkan cedera parah tetapi stabil.

Suspek seorang lelaki berusia 23 tahun dikenali Kong, ditahan kira-kira sejam kemudian.

Menurut polis suspek bertindak demikian kerana ingin membalas dendam. - Bernama

Artikel Berkaitan: