X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Idam sarapan MAS, hajat wanita mengandung ditunaikan

Nina dan suami menikmati sarapan antarabangsa secara percuma di KLIA. - Foto Facebook Malaysia Airlines
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita mengidam ketika mengandung adalah perkara biasa tetapi wanita ini mengidam menu sarapan Malaysia Airlines (MAS).

Nina Hidayana Roseli yang sedang hamil anak pertama berusia enam bulan memaklumkan perkara berkenaan kepada syarikat tersebut.

Tidak sangka hajatnya ditunaikan!

Nina menganggap ia tuah ibu mengandung kerana MAS menjemputnya bersama suaminya, Qhairul Aizi Zukifilee ke pejabat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menikmati hidangan sarapan antarabangsa secara percuma.

Perkara itu dikongsi oleh MAS di Facebooknya sekali gus menerima pelbagai reaksi dari warganet yang memuji dan berbangga dengan syarikat tersebut.

Pengguna setia MAS, Sara PijA menulis, "MAS telah menyediakan perkhidmatan yang terbaik setiap kali menaiki pesawat MAS.

"Saya sentiasa sayang MAS, tidak pernah menghampakan kami sekeluarga setiap kali terbang dengan MAS.

"Perkhidmatan mereka dari saya mula mengandungi sehinggalah memiliki dua anak, mereka tetap berikan khidmat terbaik. Terima kasih MAS, sentiasa membahagiakan kami sekeluarga. Terima atas layanan yang mesra dari pramugari dan pramugara," katanya.

Warganet turut memuji keenakan kacang yang diberikan kepada penumpang ketika menaiki pesawat MAS

Nina bersama suaminya ketika di KLIA. - Foto Facebook Malaysia Airlines
Nina bersama suaminya ketika di KLIA. - Foto Facebook Malaysia Airlines


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!