Persembahan hiburan dicemari insiden berdarah

Lelaki Yemen ditangkap selepas rakaman televisyen negara itu menunjukkan dia menuju ke pentas semasa persembahan muzik oleh rombongan teater asing.
Lelaki Yemen ditangkap selepas rakaman televisyen negara itu menunjukkan dia menuju ke pentas semasa persembahan muzik oleh rombongan teater asing.
A
A
A

RIYADH - Seorang lelaki Yemen ditahan polis selepas menikam tiga individu yang sedang membuat persembahan di ibu negara Saudi, Isnin lalu.

Serangan itu merupakan kejadian pertama selepas kerajaan mula melonggarkan sekatan terhadap hiburan.

Penyerang itu ditangkap selepas rakaman televisyen negara itu menunjukkan dia menuju ke pentas yang terletak di Taman King Abdullah di Riyadh semasa persembahan muzik oleh rombongan teater asing.

Menurut jurucakap polis yang dipetik oleh Saudi Press Agency, lelaki berusia 33 tahun itu merupakan ekspatriat Yemen dan pisau yang digunakan dalam serangan itu telah dirampas.

"Pasukan keselamatan telah menahan lelaki tersebut yang menyerang dua lelaki dan seorang wanita dari kumpulan teater ketika sedang membuat persembahan secara langsung," kata jurucakap polis lagi.

Kenyataan itu menambah bahawa mangsa berada dalam keadaan stabil tetapi tidak memberikan maklumat mengenai kewarganegaraan mereka atau motif penyerang itu.- AFP

Artikel Berkaitan: