15 maut kereta api bertembung di Bangladesh

Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian di mana dua buah kereta api bertembung di Bangladesh hari ini. - Foto Masuk Hridoy
Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian di mana dua buah kereta api bertembung di Bangladesh hari ini. - Foto Masuk Hridoy
A
A
A

DHAKA - Sekurang-kurangnya 15 orang maut manakala 58 yang lain cedera apabila dua buah kereta api bertembung di timur Bangladesh awal pagi ini, kata pihak polis.

Tiga buah gerabak tergelincir dari landasan di stesen Mondolbhag, bandar Kasba apabila sebuah kereta api dalam perjalanan ke Dhaka bertembung dengan sebuah kereta api menuju ke Chittagong.

"Sekurang-kurangnya 15 orang maut sementara 58 yang lain cedera. Mangsa cedera telah dihantar ke beberapa hospital berasingan di wilayah terbabit," kata ketua polis tempatan, Anisur Rahman kepada AFP.

Beliau berkata, operasi menyelamat masih dijalankan dan kerosakan sistem isyarat berkemungkinan punca insiden namun ia masih dalam siasatan. - AFP

Artikel Berkaitan: