Diana Danielle sokong anak terlibat sukan extreme

Diana Danielle sentiasa menyokong minat anak. - FOTO: Instagram Diana Danielle.
Diana Danielle sentiasa menyokong minat anak. - FOTO: Instagram Diana Danielle.
A
A
A
PELAKON Datin Diana Danielle mengakui teruja menantikan tayangan filem Remp-It 2, terbitan suaminya, Farid Kamil. Filem yang turut menampilkan anak sulungnya, Muhamad, 7, sebagai pelakon itu bakal ditayangkan kepada umum pada awal tahun depan.

“Filem ini menyaksikan penglibatan julung kalinya anak kami, Muhamad dalam dunia lakonan. Kami beri peluang dia terlibat dalam filem ini kerana minatnya yang terlalu mendalam pada motor. Kalau tidak, dia mungkin tiada dalam filem ini.

“Dalam pengamatan saya, Muhamad memang boleh berlakon. Cuma saya dan Farid tidak menggalakkan kalau dia mahu terus berlakon selepas ini.

“Dia masih kecil, kami tidak mahu dia lalai apabila dah mula pegang duit sendiri dan terlupa apa yang lebih penting dalam hidupnya,” tegas Diana yang merupakan ibu kepada dua anak.

Mengulas tentang minat Muhamad dalam sukan lasak dan ekstrem, kata Diana, dia terpaksa akur dengan minat anaknya yang dilihat bermula semenjak kecil lagi.

“Muhamad adalah ‘mini’ Farid. Dia sangat minat dengan motor terutamanya motor cross, sama seperti ayahnya.

“Sebagai ibu memang ada kalanya saya bimbang kalau dia tercedera dan sebagainya. Namun disebabkan dia betul-betul minat, saya tak boleh nak halang dia semata-mata untuk puaskan hati saya.

“Jadi saya berikan dia galakan dan sokongan. Mana tahu suatu hari nanti dia boleh harumkan nama negara menerusi sukan itu,” kata Diana.

Artikel Berkaitan: