Tanjung Piai, PRK 'paling seronok': Calon Berjasa

Badhrulhisham (kanan) berbual bersama calon Bebas, Faridah Aryani Abdul Ghaffar di IPD Pontian, lokasi pengundian awal bagi PRK Parlimen Tanjung Piai.
Badhrulhisham (kanan) berbual bersama calon Bebas, Faridah Aryani Abdul Ghaffar di IPD Pontian, lokasi pengundian awal bagi PRK Parlimen Tanjung Piai.
A
A
A

PONTIAN - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai disifatkan 'paling seronok' oleh calon Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

Beliau menterjemahkan keseronokan tersebut berdasarkan suasana dan budaya masyarakat tempatan di Parlimen Tanjung Piai yang disifatkan cukup unik dengan layanan mesra diberikan setiap kali kunjungan dilakukan ke rumah mahupun gerai.

"Inilah kempen PRK yang paling seronok. Kita (Berjasa) tidak tertekan. Saya kempen bermula seawal jam 5.30 pagi selepas selesai subuh.

"Masyarakat di Parlimen Tanjung Piai cukup mesra. Suasana dan budaya di sini berbeza, kalau pergi pasar raya pukul 10 pagi belum ada orang. Jadi tempat terbaik untuk bertemu pengundi di gerai- gerai," katanya.

Terdahulu, beliau melakukan tinjauan di Pusat Pengundian Awal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini kira- kira jam 10.30 pagi tadi.

Ditanya tentang kempen menjelang hari pengundian 16 November ini yang berbaki lagi empat hari, Badhrulhisham berkata, dianggarkan seramai 1,000 petugas Berjasa akan membantu kempen pada Khamis dan Jumaat ini.

Artikel Berkaitan: