'Keluarga' lipas ditemui dalam telinga pemuda

Pemeriksaan di hospital mengesahkan terdapat 'ibu' lipas dan lebih 10 ekor anak lipas dalam telinga seorang pemuda dari China. - Foto AsiaWire
Pemeriksaan di hospital mengesahkan terdapat 'ibu' lipas dan lebih 10 ekor anak lipas dalam telinga seorang pemuda dari China. - Foto AsiaWire
A
A
A

BEIJING - Menggelikan! begitulah perasaan sesuai bagi menggambarkan situasi apabila satu 'keluarga' lipas ditemui dalam telinga seorang pemuda dari China.

Laporan New York Post menyebut, pemuda dikenali sebagai Lv itu mengadu sakit di telinga sebelah kanan dan hasil pemeriksaan oleh ahli keluarganya mendapati seekor serangga seakan lipas dalam telinganya.

Susulan itu, Lv, 24, mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital dan pakar mengesahkan terdapat seekor lipas besar dan lebih 10 ekor anak lipas 'menetap' dalam telinga mangsa.

"Anak-anak lipas tersebut merayap-rayap dalam telinganya," kata Zhong Yijin, pakar ENT Hospital Sanhe, di Huiyang.

Kesemua lipas daripada spesies blattella germanica itu berjaya dikeluarkan dan Lv dibenarkan pulang pada hari sama.

Sementara itu, sumber yang merawat pesakit memberitahu media tempatan, telinga mangsa dimasuki lipas berikutan tabiatnya yang sering meninggalkan sisa makanan di sisi katil. - Agensi

Antara lipas yang berjaya dikeluarkan dari telinga mangsa. - Foto AsiaWire
Antara lipas yang berjaya dikeluarkan dari telinga mangsa. - Foto AsiaWire

Artikel Berkaitan: