Milo Nutri Pluz bekal kalsium, Vitamin D kepada kanak-kanak

Barisan panel Milo Nutri Plus: Raising Extraordinary Champions Forum bergambar bersama ibu bapa yang hadir pada program berkenaan di Kuala Lumpur kelmarin.
Barisan panel Milo Nutri Plus: Raising Extraordinary Champions Forum bergambar bersama ibu bapa yang hadir pada program berkenaan di Kuala Lumpur kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengeluar minuman malt coklat, Milo melancarkan produk terbaharu, Milo Nutri Pluz yang merupakan penyelesaian mudah kepada ibu bapa menyediakan minuman berkhasiat untuk anak-anak.

Pengurus Pemasaran Pengguna Nestle (Malaysia) Berhad, Angeline Lim berkata, ramai ibu bapa tidak menyedari bahawa satu daripada dua kanak-kanak di Malaysia mengalami kekurangan kalsium dan Vitamin D.

Menurutnya, melalui pemakanan seimbang sebagai asas membesarkan juara luar biasa, pihaknya meneruskan inovasi dalam rangkaian produk Milo UHT yang selari dengan misi untuk membantu ibu bapa meningkatkan status pemakanan anak-anak.

“Milo Nutri Pluz menyediakan penyelesaian mudah yang bukan sahaja dapat membantu menangani jurang pemakanan, malah memberi kanak-kanak tenaga untuk melangkah lebih jauh,” katanya pada sidang akhbar selepas program Milo Nutri Plus: Raising Extraordinary Champions Forum di sini kelmarin.

Beliau berkata, produk terbaharu itu mengandungi khasiat semula jadi susu, malt dan koko dengan vitamin serta mineral penting bagi membantu membebaskan tenaga daripada makanan secara efisien.

Milo Nutri Plus: Raising Extraordinary Champions Forum menampilkan Pakar Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak, Elaine Yong, Perunding Pemakanan, Indra Balaratnam dan dihoskan oleh Sheanee Iman Lee.

Forum tersebut bertujuan memperkasakan ibu bapa agar memupuk potensi luar biasa anak-anak, selain berkongsi kemahiran keibubapaan bagi mengatasi cabaran membesarkan anak-anak secara luar biasa.

Sementara itu, Elaine Yong menyarankan komunikasi terbuka sebagai amalan terbaik menguruskan harapan ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

Artikel Berkaitan:

“Komunikasi terbuka harus diamalkan supaya dapat mencapai kesepakatan,” katanya.

Indra Balaratnam pula berkongsi petua melalui penyediaan pemakanan seimbang yang menjadi asas melahirkan ‘juara’ dalam kalangan anak-anak.

“Antara amalan makan sihat adalah dengan memastikan keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan dalam pilihan makanan. Jadikan Pinggan Sihat Malaysia berdasarkan konsep suku suku separuh sebagai panduan.

“Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak kekal aktif menerusi aktiviti sukan luar,” katanya.