Ular tedung tersangkut pada jaring ikan

Anggota APM menangkap ular tedung tersangkut pada jaring ikan di parit belakang sebuah rumah di Parit Mahang semalam.
Anggota APM menangkap ular tedung tersangkut pada jaring ikan di parit belakang sebuah rumah di Parit Mahang semalam.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Penghuni rumah terkejut mendapati seekor ular tedung seberat 3 kilogram tersangkut pada jaring ikan di parit belakang rumahnya dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari di Parit Mahang di sini semalam.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas dihubungi mengenai kejadian tersebut.

"Sejurus tiba, kami mengambil masa kira-kira 10 minit menangkap ular tedung sepanjang 1.5 meter itu," katanya.

Terdahulu, pihaknya turut menangkap dua ekor ular jenis tedung dan rusuk kerbau, masing-masing dalam kejadian berasingan di Kampung Sungai Sembilang dan Kampung Bukit Cherakah.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira lima minit menangkap ular tedung sepanjang 60 sentimeter dalam sebuah bilik di Kampung Sungai Sembilang menggunakan penjerut dan penyepit, selain turut menangkap ular rusuk kerbau yang ditemui di bawah tilam di sebuah bilik di Kampung Bukit Cherakah selepas menerima aduan kira-kira jam 4 petang.

"Ular rusuk kerbau yang ditangkap itu sepanjang satu meter dengan berat 500 gram," katanya.

Artikel Berkaitan: