Penyelamat haiwan maut dibunuh remaja 14 tahun

Chernoff ditemui mati dalam keadaan bogel dan terikat di katil rumahnya.
Chernoff ditemui mati dalam keadaan bogel dan terikat di katil rumahnya.
A
A
A

HARRISBURG - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun didakwa membunuh seorang penyelamat haiwan terkenal dengan mengikat dan memukulnya sehingga mati.

Albert Chernoff, seorang veteran Tentera Darat Amerika Syarikat (AS) dilaporkan ditemui dalam keadaan bogel dan terikat di katil rumahnya dengan kecederaan kepala dan kesan kelar di dada.

Polis berkata, Chernoff dikenali sebagai 'Alley Cat' yang juga pekerja penyelamat haiwan terkenal di Rhawnhurst, Pennsylvania dipercayai dipukul hingga mati dengan kayu berpaku.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan Ajahnae Smaugh berkeliaran di rumah Chernoff di AS dan suspek ditahan serta didakwa melakukan pembunuhan kejam.

Suspek dilihat berjalan melalui ruang tamu dan kawasan dapur. Dia kemudian menggunakan sinki untuk mencuci tangan dan membuka peti sejuk sebelum keluar menggunakan pintu hadapan.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan suspek berkeliaran di rumah Chernoff di AS.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan suspek berkeliaran di rumah Chernoff di AS.

Kucing milik Chernoff juga dapat dilihat dalam rakaman tersebut.

Polis pada awalnya tidak dapat memastikan jantina dan umur suspek dalam rakaman tersebut dan menawarkan ganjaran AS20,000 (RM83,000) untuk maklumat.

Artikel Berkaitan:

Gadis itu kemudian menyerah diri bersama ibu dan dua peguamnya.

Menurut Jurucakap Peguam daerah Philadelphia, Jane Roh, mereka belum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perbicaraan di mahkamah remaja atau mahkamah dewasa untuk kes pembunuhan itu.

Howard Taylor, salah seorang peguamnya memberitahu CNN bahawa suspek merupakan 'gadis yang bermasalah'. - Agensi.