'Operasi bunuh al-Baghdadi mungkin hanya helah'

Bashar al-Assad
Bashar al-Assad
A
A
A

DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad menyatakan keraguan tentang kematian pemimpin Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi yang didakwa terbunuh dalam operasi dilancarkan Amerika Syarikat (AS) pada bulan lalu.

Menerusi wawancara bersama agensi berita Rusia, RT percaya pemimpin militan itu mungkin bersembunyi di suatu tempat.

"Operasi untuk membunuh al-Baghdadi mungkin hanya helah memandangkan politik AS tiada beza dengan Hollywood, ia bergantung kepada imaginasi dan bukan sains fiksyen," katanya.

Pemimpin terbabit turut membuat spekulasi pemimpin Daesh terbabit mungkin diculik, bersembunyi atau mengubah rupanya menerusi pembedahan plastik.

Sebelum ini, Trump mendakwa al-Baghdadi meletupkan dirinya seperti 'pengecut' selepas dia terperangkap dalam sebuah terowong ketika operasi itu.

Rusia bagaimanapun menjadi negara pertama mempersoalkan butiran yang didakwa bercanggah tentang operasi tersebut.

"Kenyataan berbeza pihak yang terlibat dengan operasi itu mencetuskan keraguan tentang kebenaran kejayaan misi mereka," kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jeneral, Igor Konashenkov.

Artikel Berkaitan: