Kren runtuh 2015: Jemaah haji India terlibat terima pampasan

Antara jemaah haji India yang menerima pampasan berikutan kejadian tren runtuh di Arab Saudi pada 2015. - Foto Agensi
Antara jemaah haji India yang menerima pampasan berikutan kejadian tren runtuh di Arab Saudi pada 2015. - Foto Agensi
A
A
A

ARAB SAUDI - Kerajaan Arab Saudi mengagihkan bayaran pampasan kepada keluarga 27 jemaah haji India yang terlibat dengan insiden kren runtuh pada 2015.

Berdasarkan laporan pihak berkuasa, seramai 13 jemaah haji dari India maut manakala 14 jemaah lagi cedera dalam kejadian itu.

Seorang peniaga jalanan di India menerima cek berjumlah AS133,000 bersamaan RS93.77 juta.

Shaikh Mujeeb yang menjual produk berasaskan plastik sekitar Hyderabad menunaikan haji bersama ibunya pada 2015.

Dia mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital King Abdul Aziz.

Dia berterima kasih kepada Raja Salman serta menyatakan penghargaan kepada Duta India, Dr Ausaf Sayeed dan Jeneral Konsul India, Md Noor Rahman Sheikh atas penyelarasan yang berkesan.

Dalam pada itu bagi jemaah haji yang meninggal dunia, keluarga mereka menerima cek SD 1juta yang bersamaan RS1.88 juta.

Antara jemaah India yang maut, Shameem Banu, Khader Bee, Muhamad Abdul Khader dan isterinya, Fatima Bee.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Arab Saudi sedang mengusahakan pembayaran pampasan untuk jemaah haji pelbagai negara.

Sebelum itu Kerajaan Arab Saudi telahpun mengagihkan pembayaran untuk jemaah haji Bangladesh. - AGENSI