Harga petrol RON95 serta RON97 diturunkan

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
A
A
A

BAYAN BARU - Margin keuntungan pengusaha stesen minyak iaitu 23 peratus bagi petrol dan 43 peratus bagi diesel mencukupi untuk menampung sebarang kerugian.

Ia berikutan penetapan harga runcit bahan api itu dilaksanakan secara mingguan bermula 12 tengah malam kelmarin.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kenaikan komisyen bagi kedua-dua bahan api itu juga mencukupi untuk pengusaha stesen minyak menampung kerugian yang ditanggung.

"Kabinet sebelum ini telah bersetuju untuk menaikkan komisyen bagi petrol dan diesel sebanyak tiga sen dan jumlah kenaikan tersebut adalah tinggi.

"Jumlah kenaikan komisyen ini mencukupi untuk menampung jumlah kerugian yang ditanggung pengusaha.

"Menerusi kenyataan (pengusaha stesen minyak) nampaknya mereka bersetuju untuk menerima cara ini. Saya fikir ini adalah cara terbaik yang memberikan situasi menang-menang bagi semua pihak," katanya kepada media tadi.

Guan Eng berkata demikian selepas merasmikan Pameran Kewangan Marketplace di Spice Arena di sini.

Terdahulu, harga petrol RON95 serta RON97 diturunkan sebanyak 27 sen iaitu RM1.93 (RON95) dan RM2.23 (RON97) seliter, manakala diesel turun 14 sen menjadi RM2.04 seliter.

Artikel Berkaitan:

Harga runcit produk petroleum akan diselaraskan semula pada setiap minggu mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), sejajar dengan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia pada ketika ini.