X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Allahyarham pemurah, suka tolong orang: Rakan

Artikel terakhir yang ditulis Allahyarham Wan Haron Wan Hassan di ruangan cetusan di Sinar Harian Julai lalu.
A
A

SHAH ALAM - "Allahyarham Wan Haron Wan Hassan merupakan seorang pemurah dan suka bantu orang."

Itu reaksi rakan Allahyarham, Datuk Muhammad Hasnon Che Hussain.

Muhammad Hasnon
Muhammad Hasnon

Katanya, Allahyarham seorang yang baik dan amat dikasihi oleh rakan-rakan.

"Allahyarham sememangnya seorang yang suka membantu, selain itu bab fardu kifayah memang menjadi keutamaannya.

"Boleh dikatakan beliau seorang yang mudah didekati baik kawan mahupun teman rapat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas ditemui selepas pengebumian Allahyarham Wan Haron Wan Hassan di Tanah Perkuburan USJ 22 selepas solat Zohor tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kolumnis Sinar Harian meninggal dunia

'Ayah pesan jaga kasih sayang antara adik-beradik'

Katanya, beliau sedih dengan pemergian Allahyarham memandangkan mengenali arwah sejak kecil.

"Saya kenal Allahyarham sudah lama. Kami kawan sejak sama-sama membesar di kampung lagi.

"Beliau seorang sahabat yang amat baik, ada sentiasa sewaktu susah mahupun senang," katanya.

Allahyarham Wan Haron Wan Hassan, 67, meninggal dunia kira-kira jam 1.30 pagi tadi selepas menderita akibat kanser.

Beliau yang juga seorang peguam kanan yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun merupakan penulis tetap di ruangan Bicara Hati sejak setahun lalu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!