Tiada permohonan tukar lesen OKU di Perlis: JPJ

Shahrul (tiga dari kiri) memegang nombor pendaftaran kenderaan yang dibida pada sidang media hari ini.
Shahrul (tiga dari kiri) memegang nombor pendaftaran kenderaan yang dibida pada sidang media hari ini.
A
A
A

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengesahkan tiada sebarang permohonan penukaran lesen bagi kelas A dan A satu dilakukan pemandu orang kurang upaya (OKU) setakat ini.

Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Md Dali berkata, keadaan ini menyebabkan golongan OKU berkenaan terlepas daripada menikmati pengecualian bayaran memperbaharui lesen memandu.

Katanya, jika mereka berbuat demikian, kos untuk membayar lesen hanya RM2 dan mereka dibenarkan untuk memandu kenderaan yang diubah suai mengikut keperluan.

“Golongan OKU juga boleh meminta nasihat daripada pihak JPJ dari segi cadangan pengubahsuaian atau untuk mendapatkan lesen kelayakan sebagai OKU.

"Mereka boleh datang ke JPJ sendiri untuk mendapatkan garis panduan yang bersesuaian dengan keadaan mereka," katanya pada sidang media di majlis pelancaran sistem bidaan dalam talian Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJeBid) peringkat Perlis di Kangar hari ini.

Tambah Shahrul, pemandu OKU tidak akan disaman sekiranya gagal berbuat demikian namun mereka tidak boleh membuat sebarang tuntutan jika berlaku insiden dalam tempoh pemandu OKU masih belum menukar kelas lesen.

Perlis merupakan negeri ke-13 yang menyertai sistem bidaan nombor pendaftaran online itu dan telah mencatatkan rekod sebanyak RM41 juta hasil pelaksanaan sistem JPJeBid.

Artikel Berkaitan: