X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat Pahang boleh daftar perkahwinan melalui E-Munakahat

Gambar hiasan
A
A

KUANTAN - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memudahkan proses pendaftaran pernikahan kepada pasangan Islam di Pahang menerusi sistem E-Munakahat.

Timbalan Pengarah JAIP, Zakaria Mohamad berkata, sistem itu sudah dilancar dan boleh digunakan sejak 3 September lalu bagi memudahkan urusan pendaftaran perkahwinan dibuat secara dalam talian.

Menurutnya, sistem itu diwujudkan bagi menggantikan sistem lama yang dilakukan secara manual.

“Sistem ini lebih bersistematik, cepat, tepat dan memudahkan bakal pengantin untuk menguruskan perkahwinan serta mendirikan rumah tangga tanpa banyak urusan birokrasi.

“Malah, kelulusan bagi setiap permohonan juga singkat iaitu sekitar dua hingga tiga jam selepas sesuatu permohonan dibuat oleh pemohon,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pemohon juga perlu menghantar salinan ke pejabat JAIP bagi mendapatkan kebenaran atau kelulusan daripada pihak kadi.

Zakaria berkata, menerusi sistem E-Munakahat. orang ramai boleh membuat permohonan secara dalam talian seperti permohonan kursus pra perkahwinan, kebenaran berkahwin, pendaftaran perkahwinan, pendaftaran rujuk, permohonan mendapatkan salinan dokumen dan khidmat nasihat.

Bagaimanapun katanya, bagi permohonan pendaftaran perceraian masih menggunakan kaedah mengisi borang secara manual.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!