[VIDEO] Kesian 'abang mineral', nasib tak kena kad merah!

Video memaparkan pembantu perubatan Malaysia dikenakan kad kuning ketika menentang Thailand di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja semalam.
A
A

KEMBOJA - Pasukan Malaysia berjaya ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun (B-19) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 selepas menewaskan Thailand 1-0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh Kemboja semalam.

Kejutan berlaku pada aksi perlawanan itu apabila salah seorang petugas perubatan dilayangkan kad kuning oleh pengadil ketika merawat seorang pemain Malaysia mencipta sejarah baharu kerana tidak pernah berlaku lagi dalam mana-mana perlawanan.

Petugas tersebut didakwa sengaja melengahkan masa perlawanan ketika diarah keluar dari padang oleh pengadil berkenaan.

Dalam pada itu, perkongsian gambar aksi perlawanan itu yang dikongsi oleh @akhifairuz di laman Twitter kini tular di media sosial yang meraih 2,300 ulang kicau dan 2,100 meninggalkan tanda suka.

Perkongsian oleh @akhifairuz di laman Twitter kini tular di media sosial yang meraih 2,300 ulang kicau dan 2,100 meninggalkan tanda suka.
Perkongsian oleh @akhifairuz di laman Twitter kini tular di media sosial yang meraih 2,300 ulang kicau dan 2,100 meninggalkan tanda suka.

@akhifairuz turut memuat naik ciapan memberitahu, "Man of the match! Tak apalah abang, yang penting Malaysia U19 menang lawan Thailand tadi. Sejarah bola sepak dunia ni. Mana lagi nak cari abang bawa air yang kena kad kuning."

Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Mohd Faizal Mohd Nasir turut berkongsi beberapa potongan video aksi yang menunjukkan petugas perubatan tersebut dikenakan kad kuning mengundang pelbagai respons warganet.

@deeeeeeeeen_ berseloroh, "Macam mana kalau dia dikenakan kad merah, takkan nak pinjam pihak lawan punya medic."

"Satu dalam sejuta permainan bola ini, payah nak jumpa tu MrSpeaker... Kejohanan World Cup pun tiada macam inilah, hahaha," tulis @whitecloudseven di ruangan komen di Twitter.

Dinieazr11 pula berkata "memang kelakar bila tengok reaksi ‘abang air mineral’ tu! Muka tak bersalah, tiba-tiba dapat kad kuning. Padahal niat nak membantu pemain yang cedera...hahaha."