BR05 cetusan kejuruteraan industri penerbangan

KOLEKSI jam premium versi kerangka (skeleton) bakal menjadi rebutan apabila hanya dijual terhad kepada 500 unit sahaja.
KOLEKSI jam premium versi kerangka (skeleton) bakal menjadi rebutan apabila hanya dijual terhad kepada 500 unit sahaja.
A
A
A

MEMENUHI cita rasa gaya lelaki moden, jenama jam tangan terkenal, Bell & Ross tampil dengan koleksi terbaru, BR05 yang diilhamkan daripada kejuruteraan industri penerbangan.

Dengan model sebelum ini, BR03 telah berjaya meletakkan tempatnya dalam barisan jenama premium jam tangan dunia, maka tidak mustahil bagi BR05 mengulangi kegemilangan yang sama.

Dari segi rekaannya pun, BR05 tampil dengan ciri-ciri ikonik dan elegan yang mendahului rekaan kontemporari lain sedia ada.

KEUNIKAN aksesori jam premium itu dengan kekemasan rapi dan reka bentuk cukup memikat.
KEUNIKAN aksesori jam premium itu dengan kekemasan rapi dan reka bentuk cukup memikat.

Menurut kenyataan Bell & Ross, keunikan aksesori premium itu bertunjangkan kepada kekemasan rapi reka bentuk yang cukup memikat dan berupaya menaikkan aura pemakainya.

“Lima varian BR05 didatangkan dengan warna butang dail yang berbeza iaitu silver grey, navy blue dan deep black dengan jenis tali besi satin-polished atau getah.

“Salah satu koleksi dengan versi kerangka (skeleton) 18 karat rose gold bakal menjadi rebutan apabila hanya dijual terhad kepada 500 unit sahaja,” kata kenyataan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

JAM premium BR05 didatangkan dengan warna butang dail deep black dan jenis tali besi satin-polished.
JAM premium BR05 didatangkan dengan warna butang dail deep black dan jenis tali besi satin-polished.

Pada majlis tersebut, Yang Amat Mulia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan hadir.

Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Bell and Ross, Legion de Honnuer Carlos A Rosillo.

Koleksi fitur baharu BR05 itu bakal menjadi ikon gaya hidup moden yang cukup ideal buat si jejaka yang berani dalam menongkah arus dunia metropolitan.

BR05 didatangkan dengan warna 18 karat rose gold yang tampak elegan tatkala dipakai.
BR05 didatangkan dengan warna 18 karat rose gold yang tampak elegan tatkala dipakai.