Kolaboratif kreatif Puma X Tyakasha

REKAAN versatil dan stailo dalam tema lanun angkasa oleh Puma X Tyakasha.
REKAAN versatil dan stailo dalam tema lanun angkasa oleh Puma X Tyakasha.
A
A
A

ISTIMEWA buat si jejaka yang inginkan kelainan outfit of the day (OOTD), gandingan mantap jenama terkemuka Asia, Tyakasha bersama Puma mencetuskan koleksi luar biasa dengan berinspirasikan tema lanun angkasa.

Gandingan berkenaan ternyata mencuri perhatian berikutan Tyakasha yang merupakan jenama asal terkemuka Shanghai cukup popular dalam dunia fesyen Asia, malah terkenal dengan pelbagai rekaan versatil.

Konsep unik Puma X Tyakasha dalam kelasnya tersendiri itu memaparkan lima watak angkasawan iaitu Aka, Mr Green, Handsome Boy, Oring dan Rabbit-Dragon.

T-SHIRT yang berwarna kuning terang bakal menjadi pilihan kegemaran anak muda.
T-SHIRT yang berwarna kuning terang bakal menjadi pilihan kegemaran anak muda.

“Lima karakter angkawasan hebat yang berkolaboratif untuk menentang raksasa dan lanun angkasa itu seterusnya diterjemahkan dalam rekaan fesyen stailo.

“Selain itu, kolaboratif tersebut turut mempamerkan pelbagai rekaan trendy dengan corak abstrak lanun, kapal selam dan raksasa yang digabungkan dengan logo grafik Puma,” kata satu kenyataan media yang dikeluarkan baru-baru ini.

ANTARA sneaker Roma Puma X Tyakasha.
ANTARA sneaker Roma Puma X Tyakasha.

Menariknya, koleksi Puma X Tyakasha itu turut mempamerkan sneaker edisi istimewa RS-X, Basket, Roma dan Cali dengan stail unik, sesuai dengan karakter yang dibawa dalam tema lanun angkasa.

Artikel Berkaitan:

Tidak ketinggalan, aksesori menarik seperti beg sandang, beg silang, topi dan beanie melengkapkan lagi koleksi Puma X Tyakasha kali ini.

Koleksi yang dijual pada harga daripada RM165 sehinga RM675 itu boleh didapati di semua outlet Puma dan rangkaian terpilih seluruh negara.

 KOLEKSI sneaker Cali Puma X Tyakasha.
KOLEKSI sneaker Cali Puma X Tyakasha.