Penyokong laung 'lawan tetap lawan, hidup Najib'

Lebih 100 penyokong hadir bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Lebih 100 penyokong hadir bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Laungan 'lawan tetap lawan, hidup Najib' mengiringi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada jam 12.40 tengah hari tadi.

Lebih 100 penyokong yang menunggu di pekarangan luar lobi mahkamah turut melaungkan takbir dan hancur kezaliman.

Najib meninggalkan mahkamah selepas mengikuti prosiding keputusan peringkat pendakwaan atas tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Penyokong Najib termasuk dari UMNO Bahagian Pekan, kenalan rapat dan individu persendirian berada di lobi mahkamah seawal jam 8 pagi bagi memberi sokongan kepada pemimpin tersebut.

Antara yang hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifa dan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi serta Datuk Johan Abd Aziz.

Turut kelihatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun.

Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Najib untuk membela diri terhadap kesemua tujuh pertuduhan iaitu tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Artikel Berkaitan:

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bersama Timbalan Pendakwa Raya ‘ad-hoc’, Datuk V Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.

Najib memilih untuk membela diri menerusi keterangan bersumpah.

ARTIKEL BERKAITAN: SRC: Najib diarah bela diri