Masprithon untuk kutip dana baik pulih sekolah

Keadaan kemudahan di tandas pelajar yang rosak.
Keadaan kemudahan di tandas pelajar yang rosak.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama-sama pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 melaksanakan program Masyarakat Prihatin Fundraising (Masprithon) bagi mengumpul dana untuk membaik pulih beberapa infrastruktur di sekolah terbabit.

Setiausaha program, Wan Fadzilah Wan Abdul Rahman berkata, kos keseluruhan untuk proses baik pulih itu dijangka menelan belanja sehingga RM150,000.

Melalui program tersebut, pelajar sekolah diberikan satu kad bagi permohonan sumbangan dana berkenaan menerusi kutipan daripada ibu-bapa serta waris masing-masing.

"Program Masprithon ini bermula sejak 24 Ogos lalu sehingga 22 November ini bagi membolehkan ibu-bapa serta waris bersama-sama membantu sekolah untuk menambah kutipan dana bagi proses baik pulih tersebut.

"Bersempena penutupan program, pihak kami turut menganjurkan karnival pada 23 November untuk penyampaian hadiah dan menambah dana sumbangan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Keadaan sinki di tandas pelajar yang rosak dan perlu dibaik pulih.
Keadaan sinki di tandas pelajar yang rosak dan perlu dibaik pulih.

Menurutnya, terdapat beberapa kerosakan yang perlu ditangani segera antaranya melibatkan keadaan lantai Dewan Alamanda serta tandas pelajar di sekolah terbabit.

Wan Fadzilah berkata, kerosakan infrastruktur itu perlu dibaik pulih segera berikutan dibimbangi mengundang risiko bahaya kepada pelajar terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Buat masa ini, kutipan baru sahaja bermula dan kami berjaya kumpul sumbangan sebanyak RM8,000," katanya.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh membantu memberi sumbangan menerusi akaun PIBG SMK Section 19 (Maybank: 012213307152) dan menyerahkan resit pembayaran kepada ahli jawatankuasa (AJK) terlibat di talian 012-3756745 (Cikgu Shahina) atau 019-2626138 (Cikgu Wan Fadzilah).