X

Kindly register in order to view this article
!

280 anggota polis mengundi awal esok

Azhar Azizan Harun
A
A

PONTIAN - Seramai 280 orang pengundi akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai esok.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pengundi awal terdiri daripada 280 anggota polis yang akan mengundi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian.

Menurutnya, pusat pengundian awal di Bangunan Perkep, IPD Pontian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas bagi saluran sat dibuka mulai jam 8 pagi hingga 1 petang.

"Bagi saluran dua DUN Kukup, waktu pengundian dibuka dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen calon serta pemerhati pilihan raya yang dilantik SPR.

"Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara 'live streaming' menerusi Facebook SPR," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azhar berkata, semua peti undi bagi pengundian awal akan disimpan di lokap balai polis.

Selain itu, pengiraannya akan dibuat pada hari pengundian pada 16 November 2019 di pusat pengiraan undi berkelompok di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Pontian.

"Ia akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding serta pemerhati pilihan raya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!