Larian mesra bomba guna laluan lokasi kebakaran

Lebih 500 peserta meriahkan acara Larian Mesra Bomba Bersama Komuniti Mukim Pekan 1 2019 di Pekan.
Lebih 500 peserta meriahkan acara Larian Mesra Bomba Bersama Komuniti Mukim Pekan 1 2019 di Pekan.
A
A
A

PEKAN - Larian mesra bomba menampilkan idea yang unik apabila laluan digunakan merupakan tempat sering berlakunya kebakaran setiap kali musim kemarau.

Larian melibatkan 500 peserta itu dianjurkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Pekan itu mendapat kerjasama sembilan Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) di bawah Mukim Pekan 1.

Ketua Balai Bomba Pekan, Wan Samsul Afendi Wan Mahmud berkata, acara pelepasan Larian Mesra Bomba Bersama Komuniti Mukim Pekan 1 2019 dimulakan seawal jam 8 pagi dan peserta perlu menghabiskan larian sejauh lima kilometer menyusuri kawasan perkampungan, jambatan, jalan tar dan tanah berbatu.

"Semua peserta yang berjaya menghabiskan larian menerima medal, manakala johan membawa pulang wang tunai RM300, tempat kedua RM200, ketiga RM100 dan 10 hadiah saguhati RM50.

"Sasaran peserta sekitar 100 orang, namun melewati minggu-minggu terakhir, kita menerima penyertaan ramai dan membuka kuota baharu. Meskipun ini acara julung kali diadakan di sini, alhamdulillah segalanya berjalan lancar," katanya selepas acara pelepasan di sini pagi tadi.

Wan Samsul (kiri) dan Norhisham (tengah) sebelum acara pelepasan peserta.
Wan Samsul (kiri) dan Norhisham (tengah) sebelum acara pelepasan peserta.

Hadir sama, Pengarah JBPM Pahang, Norhisham Mohamad; Pegawai Daerah Pekan, Datuk Zaliza Zulkipli dan Pengerusi MPKK Alor Ara, Mohd Naim Zainal Abidin.

Artikel Berkaitan:

Wan Samsul berkata, kebanyakan peserta terdiri dalam kalangan warga tempatan di luar daerah Pekan.

Menurutnya, penglibatan umum dalam aktiviti larian yang julung kali diadakan balai tersebut merupakan suatu pengiktirafan tidak ternilai daripada masyarakat selain simbolik menghargai jasa anggota bomba.

Acara pelepasan bermula.
Acara pelepasan bermula.