Perlekeh TMJ: MBNJ desak Kerajaan Johor ambil tindakan

Posting dimuat naik Kamarul Ariffin semlam tular di media sosial sebelum beliau memadamnya.
Posting dimuat naik Kamarul Ariffin semlam tular di media sosial sebelum beliau memadamnya.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan terhadap Ahli Majlis Daerah Pontian, Mohammad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah kerana mengeluarkan kenyataan memperlekeh dan mengejek Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, semalam.

Presiden MBNJ, Md Saleeheen Mohamad berkata, walaupun Kamarul Ariffin sudah memadamkan kenyataan yang dibuat melalui akaun Facebook, namun ia tetap satu perbuatan kurang ajar dan biadap lebih-lebih mencabar pihak berkuasa menangkapnya seperti tulisan di ruangan komen.

"Kenyataan Kamarul Ariffin juga sekali gus mempertikaikan keputusan pihak berkuasa negeri yang diputuskan dalam mesyuarat Exco berkenaan status Pulau Kukup. Sebagai seorang Ahli Majlis PBT yang dilantik pihak berkuasa negeri, Kamarul Ariffin sepatutnya memahami fungsi dan peranannya

"Ia seperti yang termaktub dalam seksyen 10 Akta Kerajaan Tempatan 1971. Pelakuan seumpama ini amat tidak wajar dilakukan penjawat awam dalam erti kanun keseksaan Akta 574," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, MBNJ berharap Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani mengambil tindakan sewajarnya terhadap Kamarul Ariffin yang melakukan pelakuan amat menjengkelkan.

"Jika boleh, Kamarul Ariffin hendaklah dipecat atau ditarik balik pelantikannya sebagai Ahli Majlis PBT sebagai satu pengajaran kepada mana-mana pihak terutama penjawat awam mengenai etika dan amanah yang dipertanggungjawabkan," katanya.

Artikel Berkaitan: