Bunuh isteri gara-gara cemburukan aktor Bollywood

Budhidat menikam mati isterinya yang juga peminat tegar aktor Bollywood, Hrithik Roshan.
Budhidat menikam mati isterinya yang juga peminat tegar aktor Bollywood, Hrithik Roshan.
A
A
A

NEW YORK - Seorang lelaki dari Queens, Amerika Syarikat tergamak menikam mati isterinya sebelum menggantung diri gara-gara cemburukan bintang Bollywood, Hrithik Roshan.

Donne Dojoy, 27, dikatakan amat meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai berkenaan menyebabkan suaminya Dineshwar Budhidat, 33, cemburu dan berang.

"Donne memberitahu, setiap kali dia menonton filem atau mendengar lagu Hrithik Roshan di rumah, suaminya akan menjadi cemburu," kata Mala Ramdhani, 52, seorang penyanyi karoake di lounge tempat mangsa bekerja sebagai pelayan bar.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Dojoy yang berpindah dari rumah yang didiami bersama suaminya bersetuju untuk singgah di apartmen suaminya untuk menonton filem dan meluangkan masa bersama sebelum pergi bekerja.

Sumber polis berkata, sekitar jam 7.30 petang (waktu tempatan), Budhidat menghantar pesanan kepada adik isterinya mengatakan dia telah membunuh mangsa dan memberitahu kunci apartmennya berada di bawah pasu.

Budhidat kemudian meninggalkan mayat isterinya yang ditikam lalu menggantung diri di sebuah pokok yang di padang berhampiran rumahnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: