Hospital Rembau dibuka Januari 2020

Dzulkefly menyampaikan sumbangan kepada asnaf Dun Paroi.
Dzulkefly menyampaikan sumbangan kepada asnaf Dun Paroi.
A
A
A

REMBAU - Hospital Rembau bakal dibuka sepenuhnya bermula Januari tahun depan selepas penelitian dan ujian peralatan berada dalam keadaan baik dan sempurna.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Jabatan Kerjaya Raya (JKR) sudah menyerahkannya kepada Kementerian Kesihatan pada 30 Oktober.

Bagaimanapun menurutnya, wad ibu dan anak dan Unit Bahagian Kecemasan dijangka akan dibuka penghujung tahun ini bagi membolehkan masyarakat setempat mendapatkan perkhidmatan lebih awal.

"Pihak hospital kini sedang melengkapkan sebanyak 70,000 alat perubatan dan bukan perubatan kini sebelum memulakan operasi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Gaya Hidup Sihat Dewan Undangan Negeri Paroi di sini hari ini.

Sebelum ini Dzulkefly memberitahu, Hospital Rembau akan memulakan operasi pada Jun lepas tetapi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pembukaan hospital itu terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan.

Menurutnya, penangguhan operasi itu bertujuan pemeriksaan bagi memastikan kelengkapan hospital mencukupi.

Hospital yang dibina dengan kos RM104 juta itu mempunyai kapasiti 76 katil merupakan kluster kepada Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Pakar perubatan di HTJ akan ditugaskan secara berkala di Hospital Rembau untuk rawatan tertentu.

Artikel Berkaitan:

Dzulkefly (dua dari kiri) semasa merasmikan Karnival Gaya Hidup Sihat Dun Paroi hari ini.
Dzulkefly (dua dari kiri) semasa merasmikan Karnival Gaya Hidup Sihat Dun Paroi hari ini.