Remaja OKU hilang tiga hari

Mariani memuat naik kejadian kehilangan anaknya itu di laman Facebook.
Mariani memuat naik kejadian kehilangan anaknya itu di laman Facebook.
A
A
A

BUKIT SENTOSA - Seorang suri rumah merayu bantuan orang ramai mengesan anak lelakinya juga orang kurang upaya (OKU) lembam yang hilang sejak tiga hari lalu.

Muhammad Hafiz Zulkefle, 16, disedari hilang dari rumahnya di Jalan Jenjarum dekat sini pada Khamis lalu kira-kira jam 6.30 pagi.

Ibunya, Mariani Tamby Abdullah, 58, berkata, dia yang baharu selesai solat Subuh mendapati Muhammad Hafiz tiada di dalam rumah dan kunci pintu ditinggalkan di bawah pintu berkenaan.

Menurutnya, dia cuba mencari di kawasan sekitar rumah dan anaknya itu tidak memaklumkan ke mana dia pergi.

"Muhammad Hafiz keluar tanpa membawa apa-apa keperluan peribadi termasuk kad pengenalan dan pakaian.

"Ini sangat membimbangkan saya kerana dia adalah OKU kategori lembam dan ini merupakan kali kedua dia keluar rumah sebegini.

"Hari ini masuk hari ketiga, sudah puas saya mencari dan tanya jiran berdekatan serta orang ramai, tapi tiada siapa yang jumpa," katanya.

Mariani berkata, dia memuat naik kejadian kehilangan anaknya itu di laman Facebook bagi meminta bantuan orang ramai menjejaki Muhammad Hafiz.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kali terakhir dilihat anaknya itu berpakaian t-shirt dan berseluar panjang berwarna hitam.

"Saya sangat bimbangkan keselamatan Muhammad Hafiz dan telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa semalam," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terlihat Muhammad Hafiz boleh menghubungi Mariani melalui akaun Facebook, Aimi Shahira.