Restoran tomyam jual air ketum terbongkar

Daun ketum seberat lebih 11 kilogram yang dijumpai di bahagian dapur sebuah restoran tomyam, semalam.
Daun ketum seberat lebih 11 kilogram yang dijumpai di bahagian dapur sebuah restoran tomyam, semalam.
A
A
A

IPOH - Operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Imigresen Perak semalam berjaya membongkar kegiatan memproses dan menjual air ketum di sebuah restoran tomyam di Jalan Tawas di sini.

Serbuan bermula jam 8 malam itu menemukan 61 bungkusan air ketum siap diproses dan lebih 11kg daun ketum disembunyikan di belakang dapur kedai terbabit.

Pengarahnya, Kamaluddin Ismail berkata, maklumat awal diterima ialah mengenai premis itu yang menggaji warga asing tanpa pas sah.

"Bagaimanapun ketika pemeriksaan pegawai operasi menemui bungkusan air dan daun ketum.

Penemuan itu kemudiannya dimaklumkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Difahamkan restoran berkenaan menjadi lokasi memproses dan menjual air ketum.

61 bungkusan air ketum siap diproses dan lebih 11 kilogram daun ketum yang ditemui di sebuah restoran tomyam, semalam.
61 bungkusan air ketum siap diproses dan lebih 11 kilogram daun ketum yang ditemui di sebuah restoran tomyam, semalam.

"Dua pekerja restoran membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Thailand ditahan kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Sementara itu, serbuan sembilan pegawai penguat kuasa di sebuah pusat refleksologi di Menglembu menahan seramai lima wanita warga China dan seorang lelaki tempatan.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan awal mendapati kesemua mereka tidak memiliki pas yang sah, tinggal lebih masa, melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah dan melindungi warga asing tanpa pas yang sah," katanya.