Tiada dwistandard tangani isu dalaman PH: Guan Eng

Guan Eng hadir merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di Dewan Sivik MBPJ di sini hari ini
Guan Eng hadir merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di Dewan Sivik MBPJ di sini hari ini
A
A
A

PETALING JAYA - Kenyataan kurang senang Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu terhadap DAP akan ditangani Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan tiada dwistandard seperti mana prinsip PH.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara tersebut sepatutnya diselesaikan secara dalaman dengan mengambil kira semangat setia kawan PH.

Guan Eng juga berpendapat isu itu akan ditangani selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

"Ini bagi memastikan prinsip Pakatan Harapan bahawa tiada dwistandard," katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan wartawan sama ada Faizal seharusnya dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Bersatu seperti pemimpin DAP, Ronnie Liu dirujuk kepada jawatankuasa disiplin DAP kerana mengkritik Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, sebagai Menteri Besar, Faizal perlu memastikan kestabilan dan kekuatan kerajaan PH di Perak tidak terjejas terutamanya kerana mereka mempunyai majoriti kecil di negeri itu.

"Saya tegaskan bahawa DAP menyokong kerajaan negeri PH. Bukan diri saya sendiri tapi semua pemimpin PH mahu kestabilan dan solidariti kerajaan negeri PH," katanya.

Artikel Berkaitan: