Bandar hijau elak kemerosotan kualiti alam

Khalid (empat dari kiri) dan Amirudin (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah bagi kategori bandar mampan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sewaktu HPBS peringkat kebangsaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.
Khalid (empat dari kiri) dan Amirudin (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah bagi kategori bandar mampan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sewaktu HPBS peringkat kebangsaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Projek pembangunan perlu dirancang dan dikawal dengan sebaiknya bagi memastikan kelestarian alam dan alam sekitar tidak dirosakkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, ia juga bertujuan mewujudkan persekitaran bandar yang lebih berkualiti.

"Aktiviti pembangunan penyumbang terbesar kepada kemerosotan kualiti alam sekitar selain mendorong kepada pelepasan gas rumah hijau.

"Kesedaran masyarakat juga penting bagi merealisasikan perancangan ke arah bandar masa depan yang sejahtera dan mampan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Perancang Bandar Sedunia (HPBS) peringkat kebangsaan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk Mohd Anuar Maidin.

Menurutnya, integrasi dan koordinasi yang baik pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT), jabatan persekutuan dan negeri, penglibatan sektor swasta serta sokongan masyarakat adalah kunci utama kejayaan program yang dilaksanakan.

Sementara itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga sedang merancang menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Bandar Berdaya Huni di bawah Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar tahun depan bagi mengawal aktiviti pembangunan dengan sebaiknya.

Artikel Berkaitan:

"Kehidupan bandar memerlukan perancangan dan penelitian yang jitu berikutan kemiskinan bandar sebagai contoh lebih teruk berbanding kemiskinan di luar bandar pada ketika ini.

"Sebab itu menerusi strategi sosial mampan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2020 lalu kita letak beberapa inisiatif untuk kemiskinan bandar di samping meneruskan usaha menangani kehidupan di bandar," katanya.