Penunggang motosikal rempuh pacuan empat roda

Muhammad Firdaus Saad
Muhammad Firdaus Saad
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penunggang motosikal maut selepas gagal mengelak pacuan empat roda di dalam kemalangan di KM14.7 Lebuhraya Utara Selatan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Firdaus Saad, 22, dari Pendang dikatakan terlanggar kenderaan itu dari arah belakang yang secara tiba-tiba memasuki laluan kecemasan dipercayai akibat kerosakan enjin.

Ketua Polis Kuala Muda Asisten Komisiner Adzli Abu Shah berkata, kedua-dua kenderaan menghala ke utara sebelum motosikal mangsa merempuh pacuan empat roda yang dikatakan sedang menukar laluan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengelak kenderaan jenis Isuzu DMAX yang dipercayai mengalami masalah enjin. Akibat rempuhan itu mangsa meninggal dunia selepas cedera parah di kepala," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Artikel Berkaitan: