X

Kindly register in order to view this article
!

Peluang Pas berdakwah depan masyarakat Cina, pemimpin MCA: Idris

Idris Ahmad. Gambar kecil: Satu hantaran di Facebook.
A
A

SHAH ALAM - Sokongan Pas kepada MCA di Tanjung Piai sebagai peluang keemasan untuk menjelaskan mengenai Islam kepada masyarakat Cina.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan perkara itu apabila bercakap mengenai Islam kepada penduduk Cina dan pemimpin MCA di Tanjung Piai.

"Tuan Guru Haji Hadi tetap bercakap mengenai Islam walaupun di hadapan orang Cina dan pemimpin MCA di Tanjung Piai. Peluang keemasan untuk menerangkan Islam (dapat) diambil.

"Pas berkawan dengan siapa pun, (namun) Islam tetap dijulang," katanya melalui status di Facebooknya hari ini.

Pada Pilihanraya Kecil (PRK) Tanjung Piai pembangkang diwakili calon MCA, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, manakala Pakatan Harapan (PH) memilih Ketua Bersatu Tanjung Piai yang juga bekas calon gabungan itu untuk kawasan Parlimen Pontian, Karmaine Sardiri.

Sementara itu, Abdul Hadi ketika ditanya mengenai rasional di sebalik sokongan tersebut memberitahu, Malaysia memerlukan anggota Parlimen bukan Islam yang tidak ekstrem.

Idris memberitahu, sikap Pas tidak sama dengan pemimpin Rahmatan Lilalamin dalam kerajaan merujuk kepada Amanah dalam gabungan PH.

Menurutnya, pemimpin terbabit bimbang untuk menceritakan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Nanti takut DAP marah," katanya merujuk kepada parti yang pernah menjadi sekutu Pas dalam PH sebelum ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus