Fitnah dan perkauman standard amalan Pas-UMNO, kata Guan Eng

Guan Eng
Guan Eng
A
A
A

PETALING JAYA - Pemimpin Pas dan UMNO mengamalkan standard menabur fitnah dan pembohongan berbaur perkauman bagi menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat dengan tujuan mahu menjadi 'kerajaan pintu belakang'.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sentimen ekstremis perkauman yang dimainkan pembangkang itu amat berbahaya kepada sistem perpaduan negara.

Menurutnya, MCA juga kini dilihat terikut dengan cara Pas dan UMNO apabila turut membangkitkan isu sama.

"Siapa yang keluarkan kenyataan bukan Islam tak boleh jadi menteri dalam Kabinet? Tidak lain tidak bukan, Presiden Pas sendiri.

"Siapa yang mempersoalkan keputusan mahkamah sekiranya dilihat sebagai tidak memihak kepada satu kaum? Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Siapa yang cakap bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sekarang proses sijil halal, Jakim sekarang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan, di bawah Lim Guan Eng?

"Ini satu fitnah jahat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri," katanya ketika berucap pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Parti komponen Pakatan Harapan turut hadir pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di Dewan Sivik MBPJ, di sini hari ini.
Parti komponen Pakatan Harapan turut hadir pada Konvensyen Tahunan Negeri DAP Selangor di Dewan Sivik MBPJ, di sini hari ini.

Guan Eng turut mempersoalkan kesediaan pemimpin Pas dan UMNO untuk dikenakan tindakan sekiranya beliau berjaya membuktikan kenyataan ekstremis yang dikeluarkan pemimpin pembangkang itu.

Katanya, pemimpin pembangkang masih meneruskan amalan memfitnah sehingga mahu mengharamkan DAP.

"Bila kita cakap ini fitnah pembohongan, mereka diam, teruskan fitnah juga.

"Inilah standard yang diamalkan di mana mereka nak timbulkan kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia, memecahbelahkan negara supaya mereka boleh jadi kerajaan pintu belakang.

"Mereka main perkauman, bahaya. Pemimpin ini pernah keluarkan kenyataan teruk, orang bukan islam tak boleh jadi menteri, sekolah cina Tamil hendak tutup dan lagi boikot produk bukan islam," katanya.