Nash gamatkan program bersarapan bersama Najib

Dua penyokong BN tidak melepaskan peluang bergambar bersama Nash (tengah) pada program bersarapan bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Kheng Guan Hiong pagi tadi.
Dua penyokong BN tidak melepaskan peluang bergambar bersama Nash (tengah) pada program bersarapan bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Restoran Kheng Guan Hiong pagi tadi.
A
A
A

PONTIAN - Kehadiran penyanyi, Jamaluddin Elias, 60 atau Nash sempena program bersarapan bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi nyata berjaya menarik perhatian pengunjung.

Pada program itu penyokong Barisan Nasional (BN) tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan bersama bekas vokalis Kumpulan Lefthanded itu.

Ternyata kehadiran penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Debunga Wangi, Ku Kehilangan Cinta Tiga Dimensi, Ku Di Halaman Rindu (ketika bersama Lefthanded) serta lagu Pada Syurga Di Wajahmu ketika merakamkan album solo itu berjaya menghangatkan lagi suasana.

Program berkenaan turut dihadiri pimpinan BN Negeri seperti Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan termasuk calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Difahamkan, program berkenaan adakah sebahagian program bertemu dengan rakyat di sekitar Tanjung Piai sempena tempoh berkempen bagi PRK berkenaan mulai 2 hingga 15 November ini.

Artikel Berkaitan: