Lelaki maut kereta terbabas, terbakar

Mangsa yang memandu kereta jenis Honda Civic warna putih dari arah Bakar Batu menghala ke pusat bandar dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tembok batu pembahagi jalan. - Foto Sumber orang ramai.
Mangsa yang memandu kereta jenis Honda Civic warna putih dari arah Bakar Batu menghala ke pusat bandar dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tembok batu pembahagi jalan. - Foto Sumber orang ramai.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbakar di Jalan Pasir Pelangi di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, mangsa, Foo Chor Lap, 24, berasal dari Subang Jaya meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan.

"Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa yang memandu kereta jenis Honda Civic warna putih dari arah Bakar Batu menghala ke pusat bandar dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tembok batu pembahagi jalan.

"Akibat daripada pelanggaran itu, kereta terbabit telah terbabas dan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bahagian depan kenderaan itu terbakar selepas melanggar tembok pembahagi jalan.

Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Sultanah Aminah hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Artikel Berkaitan: