Pantau pusat tahfiz seluruh negara

Laporan muka depan akhbar Sinar Harian semalam.
Laporan muka depan akhbar Sinar Harian semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor menyarankan agar semua pusat tahfiz seluruh negara berdaftar dengan kerajaan bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah pada kemudian hari.

Beliau berkata, cadangan tersebut sebenarnya sudah lama disyorkan.

“Memang sudah lama kami syorkan supaya semua pusat tahfiz sama ada yang ditubuhkan kerajaan atau swasta didaftarkan.

“Ini kerana berdasarkan Perlembagaan Negara, pusat tahfiz ini tertakluk di bawah hal ehwal agama dan berada di bawah bidang kuasa negeri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurutnya, galakan supaya pusat tahfiz berdaftar bukan sahaja bagi membolehkan ia dipantau jabatan agama dan Majlis Agama Islam Negeri tetapi pusat tahfiz juga akan berpeluang untuk mendapat dana.

Ketika ditanya kenapa masih banyak pusat tahfiz yang enggan berdaftar dengan kerajaan, Wan Salim berkata, pengusaha-pengusaha tahfiz itu berkemungkinan tidak mahu dipantau oleh pihak berwajib.

“Mereka tidak suka daftar kerana bimbang akan dipantau oleh kerajaan melalui jabatan agama dan majlis agama negeri,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan-kawan cemburu rupanya...

'Dah lama tak jumpa, tak sangka kali terakhir lihat dia begini'

Pelajar tahfiz maut: Tiga remaja direman


Sementara itu, pendakwah, Mohamed Hanafiah Abdul Malek senada dengan Wan Salim dan mencadangkan supaya diwujudkan satu mata pelajaran tentang hukuman apabila melakukan aktiviti keganasan seperti buli.

“Saya merayu kepada Menteri Pendidikan tolonglah wujudkan satu mata pelajaran atau terapkan dalam satu mata pelajaran Sivik atau Pendidikan Islam tentang balasan atau hukuman terhadap mereka yang membuli.

Artikel Berkaitan:

“Pelajar sekolah tidak tahu tentang hukuman ini. Tidak perlu diwajibkan sekadar untuk memberi amaran kepada pelajar yang mana kami sudah ajar kamu supaya jangan langgar undang-undang,” katanya.

Kes terbaharu kematian pelajar tahfiz Khamis lalu menggemparkan negara apabila mangsa berusia 7 tahun dilaporkan maut dipercayai dipukul.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abdul Jalil Hassan semalam berkata, perasaan cemburu dalam kalangan pelajar lain sehingga menimbulkan pergaduhan menjadi punca kepada kematian pelajar tahfiz, Muhammad Aimin Nurul Amin, 7.

Mangsa merupakan pelajar paling muda dan manja dengan pasangan suami isteri yang juga pentadbir sekolah tahfiz terbabit.